Pada majlis itu, Datasonic diwakili Pengerusinya, Tan Sri Hashim Mohd. Ali dan Pengarah Urusan, Datuk Hanifah Noordin, manakala Digent diwakili Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahn Phil Hyun.

Perjanjian itu yang bakal membentuk kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat dalam bidang teknologi keselamatan biometrik, turut membabitkan penubuhan sebuah syarikat usahasama dikenali sebagai Datasonic-Digent Sdn. Bhd.

Penubuhan syarikat itu melibatkan pelaburan awal bersama sebanyak RM1 juta dengan Datasonic memegang kepentingan 60 peratus dan bakinya 40 peratus oleh Digent. - UTUSAN ONLINE