Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dasar Warisan Negara digubal, siap tahun hadapan

DASAR KONGRES
TIGA ahli panel Wacana Pra-Kongres, Kongres Budaya 2017, Pensyarah Senibina Universiti UCSI Prof. Dr. Mohd Tajudin Mohd Rasdi (dua dari kiri), Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Dr. Zainah Ibrahim (tiga dari kiri) dan Konservator NTQT Sdn Bhd Shaari Md Saod (kanan), pada majlis tersebut di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) UPM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 24 Mac - Dasar Warisan Negara akan digubal dan akan siap selewat-lewatnya tahun hadapan dalam usaha merangka srategi yang berkesan agar warisan seni budaya mampu membantu pembangunan sosioekonomi Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Dr. Zainah Ibrahim berkata, penggubalan dasar itu bakal menjadikan warisan budaya sebagai aset yang amat berharga dan mampu menjadi platform mengekalkan jati diri sesuatu bangsa khususnya dalam era globalisasi yang makin mencabar kini.


Katanya, sesebuah negara tidak boleh lari daripada identitinya terutama dalam aspek pembangunan kebudayaan dan untuk itu usaha memartabatkan seni warisan negara perlu diteruskan.


“Warisan bangsa tidak harus dilihat dari aspek kesenian sahaja sedangkan apa yang ditinggalkan atau diwariskan oleh nenek moyang kita adalah meluas.


“Bahasa Melayu, tulisan Jawi, sastera dan persuratan Melayu atau permainan tradisional adalah aspek budaya tinggalan nenek moyang kita yang cukup berharga. Pemikiran yang terkandung dalam hasil sastera dan persuratan itu merupakan pemikiran intelektual Melayu zaman silam yang perlu kita kaji serta hayati,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Pra Kongres Budaya 2017 yang bertajuk Pengkajian dan Pelestarian Seni Bina Melayu: Signifikan, Isu dan Cabaran di sini hari ini.


Majlis wacana itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Putra Malaysia, Prod. Dr. Ir. V. Renuganth.


Antara yang menjadi panel tersebut ialah, Pensyarah Seni Bina Universiti UCSI, Prof. Dr. Mohd Tajudin Mohd Rasdi dan Konservator NTQT Sdn. Bhd., Shaari Md Saod.

Menurut Zainah, setakat ini, sebanyak 454 tapak dan bangunan telah diwartakan sebagai tempat pusat warisan dan jumlah itu akan bertambah dari tahun ke tahun.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu hanya akan bertambah sekiranya mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dan pihak berkepentingan.

“Kita ada 2,000 inventori lagi dan antara bangunan tradisional di negara ini yang dijangkan diwartakan misalnya Istana Kenangan di Perak dan Istana Jaha di Kelantan.

““Sudah tentu kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam menentukan kelulusan sebarang projek pembangunan yang dirancang, jadi sepatutnya perlu ada sekatan kepentingan yang diambil kira dalam membangunkan zon wari­san ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain