Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyelarasan itu melibatkan aspek menyeluruh termasuk kurikulum dan pengurusan bidang pengajian sekolah tahfiz agar institusi itu lebih dihormati dan menepati keperluan semasa.

"Kita tidak mahu ada lagi tahfiz yang terbakar, tahfiz yang ada kes buli serta tahfiz yang ada kes warden pukul pelajar.

"Imej-imej yang tidak baik (tentang maahad tahfiz) harus diselesaikan dan kita mahu mengangkat dan mensyumulkan pengajian tahfiz agar lebih dihormati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan bersama warga Kementerian Dalam Negeri peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - UTUSAN ONLINE