Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kajian tersebut dijangka dapat disiapkan pada peng­hujung tahun ini.

“Kita sedang mengkaji Dasar Perumahan Negara ketika ini dan akan membuat penambahbaikan.

“Selain itu, pada Ogos nanti saya akan mencadangkan penubuhan Dasar.

Komuniti Negara yang memfokuskan pembangunan dan pemerkasaan komuniti terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan ke Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sebuah hotel, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat kun­jungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk

Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri pada pukul 10 pagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penubuhan dasar itu dapat membentuk golongan terbabit tahu menjaga harta benda, menghentikan vandalisme, menjaga kesihatan, alam sekitar dan ke­selamatan perumahan.

Selain itu, katanya, ia juga dapat meningkatkan standard dan jurang hidup antara golongan kaya dan miskin.

“Selepas itu, kita dapat menjadi sebuah negara progresif, jika tidak kita akan menjadi Malaysia yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu, peruntukan kementeriannya akan disalurkan terus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar lebih telus.

“Saya memaklumkan kepada Abang Johari dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian untuk berhubung dengan 12 Ahli Parlimen PH Sarawak untuk dapatkan maklum balas peruntukan Persekutuan bagi melaksanakan pembangunan berkaitan di kawasan Parlimen mereka.

“Mereka menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan PH yang dilihat sebagai Malaysia baharu yang mana melihat pembangunan rakyat secara total,” katanya.