Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, tanggungjawab tersebut akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan.

Tambah suruhanjaya tersebut, hala tuju dan pelan tindakan komprehensif juga akan dirangka oleh jawatankuasa itu, sebelum dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam tempoh 30 hari.

"Antara objektif lain pembentukan jawatankuasa khas itu adalah memodenkan sistem poskad kebangsaan bagi meningkatkan produktiviti di peringkat akhir.

"Di samping itu, jawatankuasa khas tersebut bertanggungjawab mengemukakan langkah untuk mempertingkatkan sistem keselamatan rangkaian pos dan kurier negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.