FARIQUE AZWAN
FARIQUE

Pengerusinya, Farique Azwan berkata, dasar seperti itu turut dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk ditayangkan oleh syarikat pawagam, dan baginya usaha sebegitu harus dipuji serta diikuti.

"Perkara sama harus dilakukan dalam memberi ruangan khas kepada produk anak muda di pasar raya utama seperti Giant, Tesco dan beberapa lagi.

"Ruangan khas patut diberikan kepada produk tempatan seperti dilakukan oleh pasar raya Sogo yang mempunyai bahagian khas untuk pakaian jenama tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, usaha sedemikian dapat membantu produk-produk tempatan menembusi pasaran asing dan secara tidak langsung akan menaikkan ekonomi negara.

Beliau juga berharap usahawan muda bersatu dalam memastikan hal ehwal kepentingan mereka terus terbela.

Tambah Farique, Pemuda Dewan Perdagangan ASEAN sendiri akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bulan ini untuk mewujudkan akademi keusahawan dan program berkala di peringkat pengajian tinggi bagi memupuk sikap keusahawanan pada peringkat awal. - UTUSAN ONLINE