Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dasar ini menunjukkan kerajaan amat serius memperkasakan wanita dalam setiap dasar yang diperkenalkan.

Malah, kerajaan turut menghargai wanita dengan meningkatkan tempoh cuti bersalin untuk sektor swasta daripada 60 hari kepada 90 hari.

"Kita sering mendengar bahawa di belakang kejayaan seorang lelaki adalah wanita. Saya percaya, hal ini telah bertukar. Wanita kini berdiri sama-sama dengan lelaki di barisan hadapan, bersama-sama menyahut cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah tempat yang lebih baik," katanya menerusi blog, NajibRazak.blogspot, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE