Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu telah menjejaskan bekalan makanan 850 penghuni asrama SSP.

"Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan pernah memberikan amaran bepada kontraktor berkenaan pada sebelum ini.

"Walaupun mempunyai tempoh masa yang panjang iaitu semasa cuti akhir tahun lalu, mereka gagal mematuhi teguran seperti ditetapkan," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menyediakan kontraktor sementara selama 14 hari bagi membekalkan makanan kepada pelajar asrama SSP sepanjang tempoh disita.

Jelas kenyataan itu lagi, dakwaan tular di media sosial bahawa para pelajar SSP tidak disediakan makanan sepanjang tempoh itu adalah tidak benar.

"Selain itu, kita juga sedang mempertimbangkan beberapa tindakan yang lebih tegas demi menjaga pelajar.

"Pengurusan sekolah telah diminta meningkatkan tahap pemantauan bagi memastikan kualiti makanan disediakan sentiasa terpelihara dan mematuhi standard ditetapkan pihak kementerian," kata kenyataan itu.

Tegas Kementerkan Pendidikan, pihaknya tidak berkompromi dalam soal kualiti makanan yang disediakan kepada para pelajar sekolah asrama penuh.- UTUSAN ONLINE