Menurut Danyak Balagopal, surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen telah diserahkannya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat tengahari tadi.

“Tengah malam semalam, saya telah diberitahu oleh Rafizi Ramli bahawa selepas berbincang dengan kepemimpinan parti, Anwar bersetuju menerima tawaran saya dan memilih Port Dickson sebagai kawasan di mana beliau akan bertanding sebagai calon.

“Saya yakin Anwar akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan mudah dan seterusnya menjadi ahli Parlimen dan InsyaAllah akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, beliau berterima kasih kepada penyokong-penyokong dan pengundi di Port Dickson yang telah memilihnya sebagai ahli Parlimen kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Saya amat berharap pengundi di Port Dickson akan memberi sokongan yang sama atau lebih kepada ahli Parlimen akan datang yang juga bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. -UTUSAN ONLINE