Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, peruntukan disedia melalui Dana Rangkaian Industri (ILF) itu bagi menggalakkan kerjasama dan R&D antara industri, pihak universiti serta penyelidik bagi berkongsi idea dan kepakaran meningkatkan produktiviti dan pengkomersilan produk getah.

"Dana ini diharap mampu memberi galakan seterusnya meningkatkan hasil perolehan eksport negara.

"Setiap pemohonan layak menerima geran hingga maksimum RM300,000 bergantung kepada jenis proposal dan tahap pengkomersilan produk berasas getah yang kini mencatat peningkatan positif," katanya ketika melancarkan dana ILF-MREPC dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE