Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, selain itu, tiada kadar baharu yuran dikenakan seperti yang sedang tular dalam media sosial.

“Saya ingin menegaskan bahawa mesej yang tular dalam WhatsApp mengenai UiTM dibuka untuk semua kaum dan kadar yuran baharu adalah tidak benar,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter, hari ini.

Mesej

Imej maklumat yang tular menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kecoh dalam media sosial apabila tular perbualan menerusi WhatsApp kononnya UiTM tidak dimansuhkan tetapi pengambilan pelajarnya dibuka kepada semua kaum.

Menerusi mesej yang tular itu, turut dinyatakan kononnya kadar yuran yang bakal dikenakan adalah sama seperti yuran penggajian universiti awam lain. - UTUSAN ONLINE