Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutnya.

“Ia di­utarakan malam tadi, saya telah melihatnya awal pagi ini. Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainya dan sudah semestinya sebaik sahaja mendapat laporan itu

GOBIND SINGH DEO
GOBIND SINGH DEO 

saya akan lakukan apa yang patut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang men­dakwa kemungkinan RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pembantu kepada Menteri Pe­ngangkutan Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoalkan tindakan RTM kerana tidak menyi­arkan laporan mengenai menteri itu dalam liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri yang lain.

Ditanya sama ada menjadi kewajipan kepada RTM untuk menerbit atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang men­teri, Gobind ber­kata ia adalah liputan secara langsung.

“Ia bukan mengenai cetak, ia me­ngenai liputan langsung.

“Inilah sebabnya saya meminta RTM untuk memberi­tahu saya terutamanya apabila terdapat permintaan untuk mereka buat liputan acara, apakah syarat dan prosedur standard operasi. Saya berpendapat ini antara perkara yang perlu saya lihat sebelum saya komen me­ngenainya,” kata­nya. – BERNAMA