Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, pendaftaran itu perlu dilakukan sebelum pembinaan dijalankan bagi memudahkan DBKL mengetahui status dan kewujudannya.

“Kita telah minta semua kuil yang ada di Wilayah Persekutuan didaftarkan supaya kita tahu status kuil-kuil tersebut.

“Apa yang berlaku pada hari ini ialah kita tidak tahu status dan kedudukan kuil telah dibina malah ada kawasan yang banyak kuil tetapi kita tidak tahu kewujudannya,” kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Shahruddin menyerahkan replika kunci rumah kepada 42 penerima projek Baiti Jannati peringkat Wilayah Persekutuan. - UTUSAN ONLINE