Dalam satu kenyataan bersama ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini, pihak berkuasa berkenaan berkata dalam kejadian 10.20 malam itu, pemeriksaan terhadap kereta bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandu sendirian oleh suspek berusia 28 tahun tersebut menemukan empat bungkusan.

Bungkusan itu mengandungi 616 gram syabu, 29 gram ketamin, 590 biji erimin 5 dan 20 biji ekstasi, kata pihak berkuasa berkenaan.

Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan dua lagi suspek, masing-masing lelaki warga Singapura berusia 28 dan 32 di Bedok North Street 1, pada awal pagi semalam.

Pemeriksaan CNB ke atas kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun berkenaan menemukan 10 gram syabu, 4.0 gram ketamin, 21 biji erimin 5 serta 5 biji esktasi dan dua perlengkapan dadah.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, demikian menurut kenyataan itu.

Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika dadah jenis metafetamina yang diseludup melebihi 250 gram. - BERNAMA