Pengasas Kumpulan D'Tandoor, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, majlis itu yang diadakan pada setiap kali Ramadan merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu golongan kurang kemampuan khususnya orang kurang upaya.

Menurut beliau, kesempatan bulan Ramadan untuk melakukan amal kebajikan digunakan pihaknya bagi mengagihkan sum­bangan dalam memperingati golongan istimewa itu.

“Pada malam ini, kita meng­a­gihkan sumbangan kira-kira RM100,000 kepada lima persatuan OKU termasuk rumah anak yatim iaitu daripada hasil sumbangan penganjuran Majlis Makan Malam Masih Ada Harapan anjuran D'Tandoor dan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

“Kami berjaya mengumpul RM350,000 daripada hasil jualan meja makan dan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada golongan OKU yang tidak kemampuan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa D’Tandoor.

Terdahulu, Abdul Malik men­yam­paikan sumbangan kepada wakil-wakil pertubuhan OKU antaranya Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Yayasan Jamin dan Persatuan Sindrom Down.

Yang hadir sama, Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan dan Timbalan Presiden POKB, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.