Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Seiring dengan konsep merakyatkan perkhidmatan awam dan 1Malaysia, adalah diharapkan cuti tersebut dapat memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama dengan keluarga,” menurut kenyataan itu. Pesta Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai jatuh pada 
1 dan 2 Jun. – BERNAMA