Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, pihaknya akan beroperasi selama 24 jam secara bergilir sepanjang tempoh itu bagi mencegah sebarang kemalangan.

"Kita akan pertingkatkan rondaan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar kemalangan memandangkan ramai perantau yang akan pulang bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Perkara ini adalah bagi memudahkan pegawai membuat rondaan dan tugasan di semua laluan seluruh negeri ini, jika ada sebarang kecurigaan kita akan mengambil tindakan sewajarnya, " katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Advokasi JPJ dan pengagihan 100 pek makanan kepada pengguna jalan raya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JPJ negeri, Mohd Apandi Jusoh.

Mahasan berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan lebih 20 saman kepada penguna jalan raya sepanjang Ramadan ini. - UTUSAN ONLINE