Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, seramai 140 anggota penguat kuasa di semua daerah di negeri ini akan diarah memantau beberapa jalan utama yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

“Cuti mereka akan dibekukan bermula 8 hingga 24 Jun ini. Mereka yang bertugas akan memantau di lebuh raya, jalan persekutuan serta jalan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Senawang di sini hari ini.

Azrin memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti lokasi yang sering berlaku kemalangan dan senarainya akan diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Khamis ini.

Sementara itu, mengenai program hari ini, beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama PLUS Malaysia Berhad, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Kompleks Al- Sa’adah.

Tambahnya, sebanyak 500 pek bubur lambuk serta risalah keselamatan jalan raya diedarkan kepada pengguna jalan raya.

Yang turut hadir Pengarah JKJR negeri, Zaitun Iffah Hamid dan Penolong Pengurus Kompleks Al- Sa’adah,  Bukhari Safian. - UTUSAN ONLINE