Kegagalan Ariff itu bermaksud, lima peserta lain iaitu Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi dan Baby Shima berjaya mara ke acara kemuncak BS 2018 yang bakal berlangsung Ahad depan.

Pada pentas akhir itu nanti, kelima-lima finalis berkenaan ditugaskan untuk menyanyikan dua buah lagu termasuk sebuah karya terbaharu yang dicipta khas untuk mereka.

Juara BS 2018 akan membawa pulang habuan utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah iringan lain.

Konsert terakhir program realiti itu dipancarkan secara langsung dari Wisma MBSA menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. - UTUSAN ONLINE