Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka tidak sepatutnya `digasak’ dengan terlampau banyak buku untuk ke sekolah sepanjang tempoh enam tahun pembelajaran.

Beliau berkata,, murid -Murid kini turut dibebani dengan penggunaan seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa juga dibeli dari luar yang menyebabkan mereka tertekan.

“Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan majlis graduasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di Taman Tamadun Islam di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebabkan bebanan kepada murid.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman; Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Sulaiman, Datuk Mohd. Sabri Alwi; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Sultan Sulaiman, Shamsudin Ismail.

Program itu bagi memberikan suntikan semangat kepada 390 pelajar yang akan menduduki dua perperiksaan awam itu yang bakal mencorak hala tuju masa depan mereka.-UTUSAN ONLINE