Presidennya, Mohd. Nizam Omar berkata, pihaknya berharap agar krisis ini tidak dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.

“GB4BM menggesa agar kerajaan mengambil tindakan proaktif dan berkesan dalam menangani krisis pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim sehingga menyebabkan lebih 2,000 orang terkesan.

“GB4BM telah menggerakkan GB4B kawasan-kawasan berdekatan ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan awal. Walau bagaimanapun GB4BM sentiasa peka dan siap siaga untuk menggerakkan sukarelawan ke lokasi kejadian sekiranya keadaan memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE