Menteri Pelanco­ngan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi ber­­kata, cukai itu akan diteruskan pe­laksanaannya demi kebaikan kepada ne­gara.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan juga tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai terbabit kerana jumlah dikenakan masih berpatutan.

“Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan cukai pelancongan, cukai tersebut dikekalkan kerana memberi keuntungan kepada negara.

“Buat masa ini, kita belum memutuskan sebarang keputusan untuk menaikkan kadar cukai pelancongan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan pelancong asing mengenai cukai pelanco­ngan yang dikenakan ke atas mereka.

Menurut Moha­maddin, cukai RM­10 yang dikenakan kepada pelancong asing amat berpatutan dan jumlah itu kecil jika diban­dingkan dengan ni­lai mata wang negara mereka.

Malaysia mula me­laksanakan cukai pelanco­ngan kepada pelancong asing selepas Parlimen meluluskan pelaksanaannya bermula 1 September tahun lalu.

Terdahulu, Mohamaddin ha­­ri ini merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kementerian yang disertai kira-kira 500 kakitangan kementerian dan agensi di bawahnya.