Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Azih Muda
Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Azih Muda

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu dijangka diadakan dalam waktu terdekat ini.

Kami mohon diberi laluan berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membolehkan perbincangan mengenai pemberian bonus raya sebulan gaji kepada penjawat awam.

Kami yakin pemberian ini bakal memberi rangsangan kepada produktiviti kerja para penjawat awam sekali gus membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE