Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, badan tersebut perlu berperanan sebagai perunding yang mengawal harga rumah tanpa hanya membiarkan kepada pasaran semata-mata.


“Ini kerana, CUEPACS menerima aduan bahawa kira-kira 40 peratus permohonan penjawat awam untuk membeli rumah ditolak sama ada oleh bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).


“Majlis perundingan khas itu juga perlu mengkaji syarat-syarat yang dikenakan pemaju kerana sekiranya trend ini berterusan sampai bila-bila pun penjawat awam tak mampu beli rumah,” katanya.


Azih berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Majlis Perbandaran Muar, di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Jamaludin A. Hamid dan Setiausaha CUEPACS, Adnan Mat.-UTUSAN ONLINE