Antara komen yang dapat dibaca di laman Instagram Melia Serena Mukhriz, 17, termasuk:

"Awak tu cucu perdana menteri.pakailah baju elok sikit aduhhh", dan sebagai balasan, Melia membalas, "look at my story :) kubur kau ke kubur saya sia".

Diharapkan Melia yang juga anak kepada Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, akan lebih sensitif di masa akan datang kerana setiap tingkah laku dan pertuturan beliau akan sentiasa dipantau netizen kerana statusnya sebagai seorang anak menteri besar dan cucu kepada perdana menteri sebuah negara Islam. - UTUSAN ONLINE