Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cuci kereta, motosikal tanda penghargaan

pARA bapa mencuci kereta guru-guru sekolah sebagai tanda penghargaan
PARA bapa mencuci kereta guru-guru sekolah sebagai tanda penghargaan sempena Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kira-kira 30 ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Keba­ngsaan (SK) Setiawangsa di sini menganjurkan program cuci ke­reta dan motosikal milik guru sempena Hari Guru sebagai tanda penghargaan kerana cekal dan konsisten dalam mendidik anak-anak mereka.

Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Shahpandi Abdul Ma­­nan berkata, idea yang dicetuskan oleh ahli jawatankuasanya untuk menghargai jasa guru mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Ada dalam kalangan kami sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menjayakan program ini dengan baik, sekali gus memberi contoh kepada murid-murid bahawa sumbangan budi guru boleh dihargai dengan pelbagai cara.

“Sehubungan itu, besarlah ha­rapan kami jika guru-guru sudi menerima usaha kecil ini sebagai bukti penghargaan dan hubungan baik di antara ibu bapa, guru serta murid,” kata­nya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang guru sekolah ber­kenaan, Mohd. Rashid Othman berkata, kebanyakan guru terkejut dengan penganjuran program berkenaan dan hanya ucapan terima kasih mampu diungkapkan ketika ini.

“Kami terperanjat kerana se­belum ini PIBG lebih memfokuskan soal pembangunan in­frastruktur memandangkan se­kolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Walau bagaimanapun, kami selaku guru ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian melakukan satu program yang ikhlas demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain