Menerusi satu kenyataan, kejadian itu berlaku apabila anggota imigresen memeriksa sebuah kereta di pos keselamatan sebelum memasuki Malaysia.

“Ketika memeriksa kereta tersebut, anggota terdengar bunyi kucing dan melihat terdapat sesuatu dalam seluar suspek.

“Selepas diperiksa, kami menemukan sebanyak empat ekor anak kucing dan kesemua haiwan tersebut kini dikuarantin bagi tujuan keselamatan dan kesihatan. - AFP