Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, pihak menjangkakan pelaburan tersebut yang bernilai RM10 juta bakal memberikan pulangan dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Katanya , setakat ini syarikat tersebut berjaya memasarkan komponen pesawat komposit kepada dua syarikat pembuat pesawat terbesar iaitu Boeing dan Airbus meliputi 70 peratus pengguna pesawat tersebut.

“Kita bangunkan teknologi baharu dan pastikan pertumbuhan untuk jangka masa panjang dalam industri penerbangan.

“Ia harus dilihat dengan kompetetif bukan sahaja daripada segi harga tetapi daripada pelbagai aspek termasuk kualiti,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA’19) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE