Gosip tersebut tersebar apabila lensa kamera paparazi sempat menangkap gambar Rodriguez yang mempamerkan cincin berlian yang menghiasi jari manisnya. Ketika itu, dia sedang rancak berbual dengan rakannya sewaktu menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2018 antara Portugal dan Maghribi Rabu lalu.

Menurut laporan  Daily Mail UK, netizen mendakwa cincin tersebut telah dipakai oleh Rodriguez sejak April lalu. Ia dilihat menerusi video Instagram Stories miliknya.

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo dan Rodriguez mengenai status sebenar hubungan mereka.

Apa yang pasti, ibu Ronaldo, Maria Dolores sangat merestui hubungan mereka dan memanggil kekasih anaknya itu dengan panggilan calon menantu. - UTUSAN ONLINE