Pengarah Urusan CTM, Cameron Wilson berkata, kejayaan para peserta itu turut dibantu ketahanan tayar Continental yang berjaya mengharungi pelbagai bentuk muka bumi termasuk permukaan jalan yang bersalji.

Kata beliau, ekspedisi itu membuktikan bahawa Continental merupakan jenama pengeluar tayar kenderaan yang dipercayai di seluruh dunia kerana berkualiti tinggi serta menggunakan teknologi dari Jerman.

“Continental berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kembara ini dengan menyediakan set tayar yang bersesuaian agar perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan selamat.

“Selain itu, kami turut menyediakan sokongan kewangan dan logistik terutama untuk aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh para peserta di sepanjang perjalanan mereka merentasi Trans Siberia,” katanya dalam majlis meraikan pasukan kembara #Live2Drive di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE