Iklan versi 60 saat dan tiga minit itu mengisahkan bagaimana tiga beradik pernah meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh keceriaan, namun perubahan zaman menjadikan sambutan tidak meriah seperti dahulu.

Ini mendorong tiga beradik itu mencari jalan untuk memeriahkan sambutan berkenaan di kawasan kejiranan mereka, sama seperti sambutan yang dibuat satu ketika dahulu.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, iklan tersebut diharapkan dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak melupakan perayaan Tahun Baharu Cina yang sudah menjadi tradisi turun-temurun.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang konsisten kepada masyarakat supaya Tahun Baharu Cina disambut dalam keadaan mesra dan ceria, sekali gus jauh daripada sebarang kesedihan.

“Walaupun zaman sudah ber­ubah, sambutan pun sudah berubah, janganlah kita lupakan budaya perayaan ini, marilah sambut dengan satu tujuan iaitu menyambut Tahun Baharu Cina dengan gembira,” katanya selepas melancarkan iklan Coming Together di Bangsar di sini semalam.

Iklan Coming Together boleh disaksikan di semua platform media sosial sedia ada dan bakal disiarkan selama seminggu bermula 14 Februari ini di semua saluran televisyen terpilih.