Pesta komik terbesar yang berlangsung hari ini dan esok (Ahad) itu mengumpulkan pelukis dan penggiat industri dalam dan luar negara.

Timbalan Presiden Comic Fiesta, Lim Chin Hwa berkata,  tahun ini pesta tersebut dianjurkan lebih meriah dengan pelbagai aktiviti menarik menjadi pengisian.

"Sejak dianjurkan 16 tahun lalu, pesta ini menerima sambutan memberansangkan. Tahun ini, kami anggarkan 60, 000 pengunjung akan memeriahkan pesta ini.

"Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan termasuk pameran animasi dan ilustrasi oleh ratusan penggiat komik dan permainan video dalam dan luar negara.

"Pada masa sama, turut dianjurkan pertandingan pakaian beragam (cosplay) serta konsert yang menampilkan band terkemukan Jepun, Earthbound Papas,"  katanya.

Kaki komik dan permainan video yang berminat hadir ke Comic Fiesta 2017 masih boleh mendapatkan tiket yang hanya dijual di kaunter pendaftaran di KLCC. 

Tiket berharga RM30 sehari manakala RM60 (dua hari).