Produk tersebut yang dicipta hasil kerjasama dengan syarikat wangian dan pakar minyak wangi boleh didapati dalam dua haruman.

Clorox Scentiva Tuscan Lavender & Jasmine didatangkan dalam bentuk gel pembersih tandas, semburan pembasmi kuman tandas dan pembersih pelbagai permukaan dengan haruman campuran haruman lembut lavender, jasmin, vanila, kayu cendana putih, kesegaran epal dan beri.

Sementara Clorox Scentiva Pacific Breeze & Coconut dalam bentuk gel pembersih tandas dan pembersih pelbagai permukaan didatangkan dengan haruman campuran bauan pepohon kelapa, nanas ranum serta bunga teratai serta vanila dan kayu cendana.

Menurut Pengurus Besar Clorox (Asia Tenggara), Merites Dagdag, semua produk pembersih rangkaian Scentiva adalah tanpa peluntur dan boleh membasmi 99.9 peratus bakteria.

“Kami mahukan satu produk yang bukan sahaja boleh membasmi kuman tetapi boleh memberikan haruman yang menyenangkan.

“Lebih penting Clorox Scentiva tidak mempunyai bau kimia yang kuat dimana lazimnya ia dikaitkan dengan produk pembersih rumah,” ujarnya semasa majlis pelancaran hari ini.

Harga produk berkenaan antara RM10.45 hingga RM19.00. - UTUSAN ONLINE