Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cipta rekod sediakan makanan laut sepanjang 156 meter

Guru dan pelajar SMK Simpang Kuala mencipta rekod tersendiri apabila 2
Guru dan pelajar SMK Simpang Kuala mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menye­diakan hidangan makanan laut ­se­panjang 156 meter sempena Hari Guru di Alor Setar, semalam. BERNAMA

ALOR SETAR 16 Mei – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala di sini mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menye­diakan hidangan makanan laut se­panjang 156 meter mengguna­kan 500 kilogram (kg) siput retak se­ribu sempena Hari Guru yang di­sambut di sekolah itu hari ini.

Penyelaras projek yang juga Pe­no­long Kanan Hal Ehwal Murid SMK Simpang Kuala, Rohana Yusof berkata, program julung kali yang diadakan sejak penubuhan sekolah itu pada tahun 1989 menelan kos sebanyak RM8,000 serta hasil kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

“Turut digunakan dalam masakan itu ialah 20kg udang, 2,000 sosej, 70kg lobak merah dan brokoli, cili kering, bawang besar, serai, halia, santan dan 100 biji telur ayam.

Proses penyediaan dan masakan dilakukan seawal pukul 8 pagi secara gotong-royong dan hanya mengambil masa dua jam untuk penyediaan di atas meja sepanjang 156 meter di tapak perhimpunan sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu seorang pelajar tingkatan lima, Ahmad Kamal Omar berkata, mereka sangat te­ruja menikmati makanan laut itu, apatah lagi makan bersama rakan dan guru-guru pada sam­butan Hari Guru kali ini.

Seorang lagi pelajar tingkatan lima, Nor Fatihah Nasrul Annuar berkata, dia tidak menyangka guru sekolah sanggup meraikan Hari Guru dengan sambutan luar biasa.

"Kami juga turut membantu guru menyediakan makanan ini dan apa yang berlaku hari ini akan tersimpan di dalam memori kami apabila tamat sekolah nanti," katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain