Chee Teong berkata, bekas Presiden itu ada memberi kata-kata semangat kepadanya menerusi WhatsApp baru-baru ini.

"Saya yakin beliau (Soi Lek) akan turun padang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan pemimpin akar umbi MCA Johor mendesak agar Soi Lek yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Labis, Johor selama 18 tahun bertanding jawatan nombor satu MCA pada pemilihan parti itu, 4 November ini.

Pada 1 Januari 2008, Soi Lek melepaskan semua jawatan beliau termasuk Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat akibat kontroversi peribadi yang melanda.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru mengumumkan akan berundur berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan secara terbuka memberi sokongan kepada Ka Siong, satu-satunya ahli Parlimen MCA, untuk menggantikannya. - UTUSAN ONLINE