Petisyen tersebut difailkan oleh peguamnya, Datuk Yeo Yang Poh di Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 10.30 pagi.

Menurut Yang Poh, petisyen tersebut dibuat kerana pihaknya yang mewakili Chin Tong merasakan ada asas yang baik untuk berbuat demikian, sekali gus berharap mahkamah dapat mempertimbangkan perkara itu.

“Saya tidak mahu mengulas dengan terperinci mengenai perkara itu tetapi secara umumnya kami berpendapat bahawa dalam menjalankan proses pilihan raya itu terdapat beberapa peraturan yang dilanggar,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, Yang Poh berharap mahkamah dapat menyemak, sekali gus memberikan pandangan sama ada pilihan raya yang baharu bagi kawasan berkenaan dapat dijalankan berdasarkan bukti yang difailkan menerusi petisyen itu. - UTUSAN ONLINE.