Rozita atau Che Ta yang merupakan pengasas syarikat RCW Worldwide Sdn. Bhd. (RCW Worldwide) berkata, produk kosmetik syarikatnya itu sesuai untuk pengguna berusia 25 tahun ke atas.

"Produk itu akan dijual pada harga RM45 hingga RM50 seunit selepas pelancarannya yang dijadual sebelum bulan Mei ini," katanya ketika ditemui di Kafe The Urban Affairs Se­remban 2 di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan de­ngan kira-kira 120 stokis dan ejen RCW Worldwide di negeri ini.

RCW Worldwide memasarkan dua produk kesihatan Pencuci Goyang Segar dan Jus Goyang Rapat serta dua minyak wangi Precious ByRCW dan Gorgeous ByRCW sejak lapan bulan lalu.

Menurut pelakon itu, syarikatnya menyasarkan sebanyak 50,000 unit produk kosmetik Zeta dapat dijual dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan.

Beliau mengakui persaingan perniagaan kos­metik di Malaysia sa­ngat tinggi, namun yakin produknya akan diterima oleh orang ramai.

"Setiap produk jualan sudah tentu ada persai­ngan. Jika kita mengeluarkan produk yang bagus dan mampu beli pasti tidak susah untuk dipasarkan," katanya.