Ujarnya, sekiranya identiti yang menjadi penyatu rakyat itu dicemari maka ini menjadi petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tidak tenteram akan melanda negara ini.

“Bahasa kebangsaan di negara ini adalah bahasa Melayu dan tidak pernah ada masalah pun dalam menggunakan bahasa kebangsaan tersebut sejak sekian lama.

“Lebih-lebih lagi ia tidak menjadi punca kepada pertelingkahan bahkan menjadi antara sebab mengapa perpaduan wujud di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook DrMAZA.com.

Dr. Maza juga berpendapat rakyat di negara ini melihat keadaan negara Indonesia sebagai contohnya kerana di negara itu, semua rakyatnya fasih dalam menggunakan bahasa Indonesia. – UTUSAN ONLINE