Majlis penyampaian cek zakat telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Wilayah Timur Celcom Axiata Berhad, Norazri Daud kepada Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Mohd Azlan Abd. Hadi di sini hari ini.

Menurut Nik Mohd Azlan, pihaknya sentiasa mengalu-ngalukan mana-mana syarikat korporat yang mahu menunaikan tanggungjawab membayar zakat di negeri ini.

"Ini adalah tahun kedua Celcom Axiata melunaskan zakat kepada Maik dan kita ucapkan berbanyak terima kasih.

"Bukan jumlah kutipan zakat yang kita mahu banggakan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita mengagihkannya kepada golongan asnaf terutama fakir miskin.

"Bidang pendidikan adalah tumpuan utama kita bantu kerana kita percaya ia adalah alat untuk menamatkan putaran ganas kemiskinan dalam sesebuah keluarga,"katanya.

Menurut Nik Mohd Azlan, jumlah terkini kutipan Maik sehingga semalam adalah lebih RM103.73 juta iaitu meningkat 7.81 peratus atau lebih RM7 juta bagi tempoh sama berbanding tahun lalu. - UTUSAN ONLINE