Azam Baki
AZAM BAKI

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini laporan kertas siasatan itu kini sudah berada di peringkat akhir.

“Saya sudah berbincang dengan pegawai penyiasat dan laporan yang di terima adalah kes ini di peringkat akhir siasatan.

“Malah, saya sudah mengarahkan pegawai penyiasat paling lewat minggu hadapan kemukakan kepada DPP untuk dibincangkan dan mendapat sebarang arahan berhubung dengan kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Bangunan Baharu Kompleks SPRM Selangor di Seksyen 16 di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung pihaknya akan memanggil beberapa pemimpin Pas, Azam menegaskan bahawa pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi apa-apa. Malah, siasatan masih diteruskan, mana-mana kertas siasatan yang siap, saya sudah arahkan kemukakan cepat kepada pendakwa raya untuk mendapatkan keputusan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE