Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun CCTV itu hanya akan dipasang di sekolah-sekolah hotspot yang telah dikenal pasti mempunyai rekod masalah disiplin.

“CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) berperanan dalam menentukan sekolah mana yang memerlukan pemasangan CCTV terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis ziarah kasih bersama penduduk di Kampung Perik di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berhubung pemasangan CCTV di sekolah-sekolah.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, elemen CCTV akan di­syorkan untuk dimasukkan dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Ke­selamatan yang terdapat di bawah kementerian ketika ini.

“Sebenarnya pemasangan CCTV ini boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan peruntukan tambahan yang banyak kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan untuk kawalan ke­selamatan di sekolah.

“Jadi saya berharap pemasa­ngan CCTV ini boleh dimasukkan dalam bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan supaya ia boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang baru,” katanya.