Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CBP, Mohd. Nor Abd. Ra­zak yakin kadar dividen 10.5 pe­ratus itu mampu dicapai sekiranya unjuran prestasi perniagaan CBP meningkat kepada 70 peratus daripada 2018.

“Kita yakin mampu bayar dividen 10.5 peratus seperti disasarkan sekiranya sasaran peningkatan 70 peratus ini berjaya dicapai, meskipun sukar namun ia boleh dicapai berdasarkan peningkatan prestasi perniagaan tahun lalu.

“Dengan peningkatan 70 peratus kita yakin CBP akan menjana keuntungan sebanyak RM82 ju­ta yang secara langsung dapat memberikan pulangan dividen lebih tinggi berbanding tahun-ta­hun sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nor memaklumkan, me­lalui Pindaan Undang-undang Kecil (UKK) CBP yang berkuatkuasa 13 September lalu, kaedah pemilihan perwakilan anggota koperasi berbeza daripada tahun sebelumnya.

Katanya, hal ini bermakna perwakilan tidak lagi secara automatik dipilih ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan CBP tetapi perlu mengikut nisbah iaitu 2:1 koperasi dan tidak melebihi 25 wakil koperasi bagi sesuatu kawasan, perwakilan koperasi juga akan dipilih melalui proses pengundian.

“Jumlah korum kehadiran ba­­gi setiap mesyuarat agung kawasan juga telah dipinda daripada 200 kepada 100 anggota bagi setiap kawasan bagi melancarkan pro­ses mesyuarat yang akan dilaksanakan kelak

“Pindaan ini akan memberikan penekanan dalam semua aspek bagi menjaga kepentingan anggota yang berjumlah 85,041 terdiri daripada 84,357 anggota individu dan 684 anggota koperasi yang menyumbang kepada RM783 juta jumlah rizab CBP sehingga 31 Disember 2018,” katanya.