Nor Ashikin Pechai, 46, berkata, abang sulungnya itu, Mohamed Hassan (gambar), 49, keluar dari rumah mereka di pusat bandar ini pada 2005 dan sehingga kini gagal dikesan.

Katanya, ibu mereka, Isabee Shaik Dawood, 72, yang tinggal bersamanya sering bertanyakan tentang Mohamed Hassan.

“Kami sekeluarga telah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi masih gagal.

“Berdasarkan maklumat JPN, abang saya masih hidup tetapi tidak diketahui di mana beliau berada,” katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nor Ashikin, Mohamed Hassan pernah berkahwin tetapi telah bercerai dan mempunyai dua anak perempuan yang masing-masing berusia 15 dan 20 tahun.

“Anak-anaknya juga mencari bapa kandung mereka. Oleh itu, saya berharap sesiapa yang mengenali abang saya ini supaya menghubungi kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, sesiapa yang mengenali Mohamed Hassan boleh menghubungi Isabee di 017-4409074 atau 017-4338764.