Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, ini kerana dianggarkan kira-kira 3,000 tan makanan dibazirkan di seluruh negara ketika Thaipusam berlangsung.

“Berdasarkan pemerhatian CAP sejak lima tahun lalu, setiap kali musim Thaipusam berlangsung banyak makanan dibazirkan begitu sahaja.

“Kita bukan ingin menahan atau menghadkan penganut memberi serta mengambil makanan, cuma kita mahu mendidik para penganut agar jangan mempunyai sikap tamak dengan membazir makanan ketika Thaipusam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE