Dia yang bersekolah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur di sini mengalami masalah itu akibat kekurangan rawan di dalam lutut dan dinasihatkan doktor untuk menjalani peperiksaan di hospital.

“Kalau ikutkan doktor, saya akan berada di HTAA selama sebulan.bagi memudahkan doktor menjalankan pemantauan. Hari ini saya sudah menjawab kertas Bahasa Melayu 1, Alhamdulilah semua dipermudahkan-Nya.

“Walaupun berada di sini (hospital), saya tidak pernah abaikan pelajaran malah bersemangat untuk peperiksaan ini. Impian saya pastinya mahu menjejakkan kaki ke menara gading,” kepadanya kepada pemberita ketika lawatan Pegawai Pendidikan daerah, Mohd. Razali Mustafa di HTAA.

Nurshuhadah antara enam calon yang menjawab peperiksaan di hospital itu, dua calon di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Indera Mahkota dan seorang di Pusat Perubatan Darul Makmur (DMMC). - UTUSAN ONLINE