MPKB
 

Yang Dipertuanya, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, malah tindakan penguatkuasaan sistem baharu tersebut masih lagi dikendalikan oleh penguatkuasa-penguatkuasa MPKB-BRI yang ditempatkan di bawah syarikat itu.

"Pengenaan bayaran pelepasan kunci tayar dan caj-caj tempat letak kereta sebagaimana yang diputuskan oleh MPKB-BRI dan masih lagi tertakluk kepada Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 dan pindaan-pindaan yang berkaitan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Bayaran pelepasan kunci tayar termasuk kompaun yang dikeluarkan adalah berjumlah RM110 walaupun dalam peruntukan di bawah perintah yang sama menetapkan MPKB-BRI boleh mengenakan bayaran tidak lebih daripada RM300," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pengenaan caj-caj bagi setiap kompaun yang dikeluarkan ialah bayaran dalam tempoh 14 hari sebanyak RM10; bayaran selepas 14 hari (RM30) dan bayaran selepas 28 hari adalah RM100.

"Justeru, warga kota diminta untuk mematuhi apa-apa peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan warga kota sejagat," katanya.

Sejak kebelakangan ini menular di laman sosial rasa tidak puas hati orang ramai berhubung tindakan tegas penguatkuasa-penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu terhadap kesalahan meletak kenderaan khususnya mengunci tayar. - UTUSAN ONLINE