Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, hasil sesi town hall pada 27 Ogos lalu bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan pemegang-pemegang taruh itu dihantar kepada kedua-dua kementerian terbabit untuk semakan harga sebelum dibawa ke Kabinet.

"Sebarang keputusan hanya akan dimuktamadkan selepas mesyuarat Kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Jururawat Antarabangsa di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Azman Abu Bakar memberitahu, caj yang kini dikenakan adalah pada kadar RM10 hingga RM35 itu tidak disemak hampir 12 tahun. -UTUSAN ONLINE