Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan menjadi projek percubaan pertama untuk pembinaan sistem perhubungan yang menggunakan sistem ini bagi memastikan projek tersebut mencapai tahap kualiti binaan yang tinggi.

“Kita akan mula perkenalkan sistem ini pada projek lebuhraya tersebut pada tahun ini juga dan begitu juga disarankan untuk projek-projek milik Jabatan Kerja Raya, Majlis-majlis Perbandaran dan Lembaga Lebuh Raya.

“Berbanding hanya lima peratus projek kerajaan menggunakan sistem ini sedangkan 95 peratus sektor pembinaan milik swasta di negara menggunakan sistem Qlassic ini bagi mendapatkan pengiktirafan badan berpengaruh seperti CiDB untuk menyakin dan memuaskan pelanggan bahawa mereka mempunyai bangunan yang berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Qlassic 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di Hotel Renaissance, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid. - UTUSAN ONLINE.