Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya akan berbincang dengan kementerian pendidikan agar cadangan tersebut dapat diketengahkan.

“Pencemaran alam sekitar di negara ini banyak berpunca daripada tindakan masyarakat sendiri yang membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kerajaan serius dalam menangani isu berkaitan alam sekitar dan salah satu cara efisien ialah menerusi pendidikan awal di sekolah,” katanya dalam sidang akhbar Simposium Inovasi NRE 2017, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE