Timbalan Menterinya R. Sivarasa berkata, langkah mencari alternatif tanaman lain itu penting bagi memastikan masa depan peserta Felcra dalam keadaan harga getah yang tidak menentu.

“Agensi Felcra dan RISDA kena fikirkan masalah ini sebab kita ada tanah yang berbeza kualiti di banyak kawasan. kita kena fikirkan masa depan peserta dan negara.

“Salain getah, apakah kita ada pilihan lain dari segi tanaman makanan yang boleh menjana untung lebih besar serta bagaimana hendak melaksanakannya,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan ke Projek Felcra Kuala Kaung di Lanchang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Mohd. Aruwan Ab. Aziz dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Pahang, Datuk Abdul Mutalib Tais. - UTUSAN ONLINE